Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak Memanfaatkan Internet / Laman Sesawang / Telefon Pintar

Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak Memanfaatkan Internet / Laman Sesawang / Telefon Pintar

Pendahuluan :

  • teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) berkembang begitu pesat – syarikat-syarikat komputer dan telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan pelbagai alat komunikasi yang dan peranti elektronik yang canggih – Internet dapat diakses begitu mudah dengan adanya rangkaian jalur lebar – di mana-mana sahaja
  • Internet ialah rangkaian yang dapat menghubungkan computer atau telefon pintar di seluruh dunia – memberikan manfaat kepada pengguna dalam pelbagai urusan
  • sekiranya tidak dikawal, mendatangkan kesan buruk kepada pengguna – terutama generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara
  • ibu bapa perlu berperanan dalam mendidik anak-anak memanfaatkan Internet

Isi-isi Penting :

ibu bapa sendiri hendaklah memiliki pengetahuan dan ilmu yang mencukupi tentang teknologi maklumat

  • untuk mengimbangi pengetahuan anak-anak yang begitu pantas sejajar dengan perkembangan dunia TMK–berkongsi pengetahuan dengan anak-anak dan menentukan aspek yang positif sahaja dimuat turun

melaksanakan peraturan dan tatacara yang tegas tentang penggunaan Internet kepada anak-anak

  • ibu bapa tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada anak-anak untuk mengakses apa-apa sahaja
  • memastikan anak-anak patuh dan faham tentang maksud penggunaan Internet untuk tujuan positif sahaja

membawa anak-anak ke tempat-tempat pameran komputer dan ekspo pendidikan ICT

  • anak-anak memperoleh pendedahan yang lebih luas tentang teknologi komputer dan Internet
  • dapat memilih perisian-perisian yang berguna untuk kegunaan anak-anak

mengehadkan dan memperuntukkan masa yang sewajarnya

  • ada peruntukan masa yang anjal antara masa belajar, beriadah, berinteraksi, dan mengakses Internet
  • mengelak anak-anak terus menjadi terlalu obsess terhadap komputer dan Internet

Penutup :

  • ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak memanfaatkan Internet
  • ibu bapa tidak boleh memandang enteng terhadap perkara ini – komputer dan Internet merupakan cara hidup atau budaya pada zaman dunia tanpa sempadan/era globalisasi ini
  • perhatian dan didikan tentang penggunaan Internet yang betul harus menjadi agenda penting dalam melahirkan anak-anak/modal insan yang cemerlang
  • diharapkan agar anak-anak dapat memanfaatkan Internet ke arah kebaikan – dapat menyumbang kepada kemajuan negara dalam merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50)

.

Posted in Bahasa Melayu, Karangan | Leave a comment

Kesan-Kesan Penggunaan Teknologi

Kesan-Kesan Penggunaan Teknologi

Pada era globalisasi dan modenisasi ini, isu tentang penggunaan teknologi sering meniti dari bibir ke bibir marhaen atau rakyat jelata.Isu ini turut mendapat perhatian para cendekiawan dan teknorat di seluruh pelosok negara dan mayapada. Persoalan yang timbul dalam benak kita ialah mengapakah hal ini mendapat perhatian semua pihak? Setiap persoalan pasti ada jawapannya kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya. Begitu juga dengan isu tentang penggunaan teknologi ini memdapat perhatian semua pihak kerana isu ini sangat berkait rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu, apakah kesan-kesan penggunaan teknologi?

Salah satu kesan penggunaan teknologi ialah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat. Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini dikatakan demikian kerana dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka seperti bahan pornografi yang begitu luas tersebar di internet. Selain itu, mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi dan meluas. Sebagai contoh,meniru aksi lasak dan ganas yang dipaparkan di internet. Aksi lasak seperti bergusti, begaduh,rompakan,merogol, dan membunuh akan mempengaruhi dimasa akan datang. Izharnya,kesan penggunaan teknologi adalah dari segi terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat.

Selain itu, kesan penggunaan teknologi adalah kecelaruan kata bahasa yang diguna oleh pengguna internet. Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan pengguna internet tidak menghiraukan akan laras bahasa yang betul semasa mereka menulis.Bukan itu sahaja,mereka sering menggunakan istilah yang direka sendiri yang akan mengelirukan seterusnyan menjadi ikutan kepada remaja.Amsalnya,menggunakan kata-kata kesat yang mereka tuliskan untuk berinteraksi dengan orang lain.Tuntasnya,kesan penggunaan teknologi adalah dengan kecelaruan kata bahasa yang digunakan oleh pengguna internet.

Di samping itu, kesan penggunaan teknologi juga ialah remaja menjadi leka dan sifat malas semakin meningkat.Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini dikatakan demikian kerana,mereka kurang memberikan tumpuan di dalam pelajaran di dalam kelas dan mereka menjadi malas kerana otak mereka hanya memikirkan teknologi. Tamsilnya,mereka hanya bergantung kepada teknologi dan internet semata mata. Tuntasnya,kesan penggunaan teknologi adalah menjadi leka dan sifat malas semakin meningkat.

Seterusnya,kesan penggunaan teknologi ialah dapat menjejaskan kesihatan tubuh badan seseorang. Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini dikatakan demikian kerana memberi impak kesihatan yang buruk dan tidak sihat. Sebagai contoh, masalah penglihatan (Rabun jauh dan dekat) dan menjadi lesu. Masalah ini disebabkan penglihatan pada skrin terlalu dekat dan penggunaan cahaya pada skrin terlalu terang pada tempat yang gelap.Selain itu,badan akan berasa lesu kerana penggunaan teknologi yang terlampau lama dan tidak terhad. Izharnya,kesan penggunaan teknologi adalah dapat menjejaskan kesihatan tubuh badan seseorang dan badan berasa lesu.

Akhir sekali, kesan penggunaan teknologi ialah membazirkan masa yang terluang. Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini disebabkan waktu yang diluangkan hanyalah dengan penggunaan teknologi yang serba canggih ini. Di samping itu, mudah terlalai sehingga mereka terlupa tanggungjawab yang hendak diuruskan. Sebagai contoh, remaja kini sibuk dengan permainan video game,aplikasi whatsapp,youtube dan lain lain. Tuntasnya,kesan penggunaan teknologi adalah membazirkan masa yang terluang dan mudah terlalai.

Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan teknologi adalah jelas.Oleh hal yang demikian,kesan penggunaan teknologi dapat memberikan impakvyang negatif kepada remaja dan juga pelbagai pihak yang lain.Penggunaan ini perlulah diberikan perhatian sepenuhnya agar dapat dibendung dan dikawal sepenuhnya.Sebagai anak watan yang berwawasan dan pewaris legasi nenek moyang,marilah kita berganding bahu menuju ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Aforisme klasikal melayu ada menyatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya dan ke bukit sama didaki,ke lurah sama diturun.

.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Prosa Tradisional

Soalan Peperiksaan :

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-

soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka berkatalah anak yatim itu kepada penduduk kayangan itu,
“Jikalau tuan tidak keberatan, perkenankanlah saya mengambilnya barang sedikit. Saya hendak menanamnya pula di bawah sana di bumi tempat asal saya.”

Kemudian yang empunya padi itu berkata lagi, “ Nyahlah kamu dari sini! Kami sekali-kali tidak akan mengizinkan jikalau makanan kami ini hendak dibawa ke bumi. Kamu hanya boleh makan makanan itu di kayangan ini. Jikalau kamu hendak memakannya di sini, maka kami tidak berkeberatan. Akan tetapi jikalau kamu hendak membawanya ke bumi tempat asal kamu, maka kami tidak akan memperkenankannya.”

Kemudian orang kayangan itu mengambil nasi dan memberikan nasi itu kepada anak yatim piatu yang baru datang itu supaya penduduk bumi itu dapat merasakan betapa lazatnya dan betapa besar faedahnya makanan yang disangkanya emas itu. Setelah anak yatim itu selesai makan, maka barulah ia percaya betapa lazatnya makanan yang aneh itu. Ia ingin memintanya agar ia dapat membawa pulang dan menanam tanaman yang ajaib itu di bumi. Akan tetapi ia yakin bahawa yang empunya pasti tidak akan mengizinkannya. Oleh sebab itu, jikalau ia hendak membawa tanaman yang ajaib itu ke bumi, maka ia harus mencari akal agar ia dapat menyembunyikan tanaman itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya. Akan tetapi ia tidak mempunyai tempat untuk membawa tanaman ajaib itu tanpa diketahui oleh sesiapa pun juga. Lama ia memikirkan hal itu dan akhirnya ia mendapat suatu akal. Padi itu akan dimasukkannya ke dalam mulutnya.

( Dipetik daripada prosa tradisional, Asal Padi,
Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,DBP)

i ) Nyatakan perkara-perkara yang bermain di fikiran anak yatim itu setelah dia selesai makan.  ( 3 markah )

ii ) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut.   ( 3 markah )

iii ) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan jika anda menghadapi masalah yang sama dengan anak yatim itu? ( 4 markah )

Skema Jawapan :

i) Perkara-perkara yang bermain di fikiran anak yatim itu selepas dia selesai makan ialah [ 3 markah ]
– Dia ingin membawa pulang tanaman ajaib itu ke bumi
– Dia ingin menanam tanaman ajaib itu ke bumi
– Dia harus mencari akal kerana empunya padi tidak membenarkan dia membawa tanaman itu ke bumi.
Isi cukup : 2 daripada isi di atas

ii) Dua nilai murni yang terdapat dalam prosa tersebut ialah [ 3 markah ]
– Nilai keberanian untuk meminta kebenaran membawa pulang padi ke bumi.
– Nilai ketegasan empunya padi yang tidak membenarkan anak yatim membawa dan menanam padi ke bumi.
– Nilai berhemah tinggi orang kayangan memberikan nasi kepada anak yatim.
– Nilai kebijaksanaan – anak yatim mendapat akal menyembunyikan butir padi ke dalam mulutnya.
Isi cukup : 2 daripada isi di atas

iii) Jika saya menghadapi situasi / masalah yang sama dengan anak yatim itu saya akan [ 4 markah ]
– berunding dengan empunya padi untuk bersama-sama mengusahakan tanaman padi.
– meminta sedikit padi sebagai upah daripadanya
– mengajar penduduk di kayangan cara-cara menghasilkan produk makanan daripada padi selain nasi
Isi cukup : 2 daripada isi di atas atau isi-isi lain yang relevan

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tone and Mood (Form 3 Novel)

Novel The Elephant Man : Tone and Mood (Form 3 Novel)

Tone and Mood

  • The first-hand account from Dr Treves about the tragic life of Merrick is informal. It chronicles Merrick’s life and experiences due to his deformity. The mood the true-life account creates is sympathy and sadness as we learn about Merrick’s hard life but the mood changes to one of hope and excitement as Merrick thrives in his new home in the hospital. However, his sudden death, especially when he is just beginning to enjoy his life, is devastating.

.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Moral Values (Form 3 Novel)

Novel The Elephant Man : Moral Values (Form 3 Novel)

Moral Values

  • We should not judge others based only on their appearance.
  • We should show compassion to the less fortunate as our small contribution can help make their lives more comfortable.
  • We should learn to put ourselves in other people’s shoes so we do not criticise or belittle them.
  • We should be inspired by someone with an indomitable spirit, like Merrick.

.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Themes (Form 3 Novel)

Novel The Elephant Man : Themes (Form 3 Novel)

Themes

  1. Power of kindness

Members of the public who read about Merrick condition show sympathy and interest to help him have a home in the hospital. As a result of their overwhelming response, a lot of money is collected so Merrick can get a permanent home.

  1. An indomitable spirit

Even though he is living in emotional and physical pain, Merrick shows strength, bravery and determination. He lives during a time when appearance and connections in society are very important. He struggles but does not give up on life.

  1. Social class and power

Due to the various classes in the Victorian society, some have more power and authority, live in better conditions and have easier access to modern facilities than others. The story records the different treatment Merrick receives from people from different social classes in Victorian times.

.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Nilai (Komsas Tingkatan 5)

Drama Bukan Gila : Nilai (Komsas Tingkatan 5)

NILAI

  1. Kasih sayang – bapa sayang akan Azmir dan menziarahinya di wad.
  1. Keprihatinan – Pak Haji amat prihatin akan perubahan yang berlaku pada diri Azmir.
  1. Rasional – Pak Haji bersikap rasional dengan menukar topik perbualan apabila Azmir menunjukkan rasa kurang senang.
  1. Kebijaksanaan – Azmir bijak menyampaikan hujahnya tentang kuasa, wang, rakyat dan manusia kepada para pelakon drama ‘Sasau’.
  1. Bertanggungjawab – Arif dan para pelakon drama ‘Sasau’ bertanggungjawab menyampaikan khabar Azmir kepada kedua-dua ibu bapanya.
  1. Kebebasan – Azmir berasa tertekan kerana terkurung di wad dan gembira apabila diberi peluang untuk bersiar-siar.
  1. Belas kasihan – Arif dan rakan-rakannya bersimpati dengan keadaan Azmir yang kesakitan.
  1. Kesihatan mental dan fizikal – Azmir sering terguling-guling dan menghantukkan kepalanya ke lantai akibat sakit tetapi pakar perubatan mengatakan bahawa dia gila.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Latar Masa dan Latar Tempat (Komsas Tingkatan 5)

Drama Bukan Gila : Latar Masa dan Latar Tempat (Komsas Tingkatan 5)

Latar Tempat

  1. Wad pesakit gila – tempat Azmir menjalani rawatan.
  1. Pentas – tempat para pelakon drama ‘Sasau’ berlakon.
  1. Rumah Azmir – tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.
  1. Ruang tamu rumah Ani – tempat ani duduk membaca akhbar tentang kematian Azmir.

Latar Masa

  1. Waktu siang – Bapa dan Pak Haji melawat Azmir di wad.
  1. Tiga hari – tempoh Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.
  1. Sehari – tempoh Arif dan para pelakon berkawan dengan Azmir.
  1. 21 Jun 1993 – tarikh kematian Azmir.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Watak Sampingan dan Perwatakan (Komsas Tingkatan 5)

Drama Bukan Gila : Watak Sampingan dan Perwatakan (Komsas Tingkatan 5)

Watak Sampingan dan Perwatakan

Bapa

  1. Bapa kepada Azmir
  1. Seorang yang penyayang kerana sering menziarahi Azmir.
  1. Namun, dia kurang memberikan perhatian dan kasih sayang serta sokongan kepada Azmir kerana tidak tahu anaknya menghidap penyakit barah otak.

Ibu

  1. Ibu kepada Azmir
  1. Dia tidak prihatin terhadap anaknya.
  1. Mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir dan menyangka anaknya itu sengaja buat-buat gila.
  1. Mudah putus asa kerana menyatakan ketidaksanggupannya menjaga Azmir yang sengaja berbuat gila.
  1. Mudah percaya tuduhan orang yang menyatakan Azmir menjadi Orang Putih.

Arif

  1. Pengarah drama ‘Sasau’.
  1. Seorang yang rasional iaitu tidak mudah menerima komentar pelakon tentang Azmir.
  1. Mudah bersimpati – bersimpati terhadap Azmir yang padanya sedang menderita bukannya gila seperti dakwaan doktor.
  1. Seorang yang prihatin – berusaha menjejaki keluarga Azmir untuk mengetahui kedudukan sebenar Azmir yang dikatakan gila.

Ani

  1. Kekasih Azmir.
  1. Tidak setia kerana meninggalkan Azmir yang disangkanya gila tanpa usul periksa.
  1. Menyedari kesilapannya, namun telah terlambat kerana Azmir telah meninggal dunia.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Latar Tempat (Komsas Tingkatan 5)

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil : Latar Tempat (Komsas Tingkatan 5)

LATAR TEMPAT

Surau kampung

Ahmad Mutawakkil melangkah dalam keadaan terhuyung-hayang dan jatuh tersemban di ribaan Imam Ngah Deraman kerana ditembak oleh komunis

Banglo Tuan Booth

5 orang komunis memasuki banglo Tuan Booth dan mendesaknya supaya menasihati Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat menentang komunis

Surau

Seorang budak lelaki berbisik sesuatu kepada Ahmad Mutawakkil, yang membawa kepada kehilangan beliau seterusnya kematiannya.

Surau

Penduduk kampung sembayang maghrib berjemaah

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment