Kesan-Kesan Penggunaan Teknologi

Kesan-Kesan Penggunaan Teknologi

Pada era globalisasi dan modenisasi ini, isu tentang penggunaan teknologi sering meniti dari bibir ke bibir marhaen atau rakyat jelata.Isu ini turut mendapat perhatian para cendekiawan dan teknorat di seluruh pelosok negara dan mayapada. Persoalan yang timbul dalam benak kita ialah mengapakah hal ini mendapat perhatian semua pihak? Setiap persoalan pasti ada jawapannya kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya. Begitu juga dengan isu tentang penggunaan teknologi ini memdapat perhatian semua pihak kerana isu ini sangat berkait rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu, apakah kesan-kesan penggunaan teknologi?

Salah satu kesan penggunaan teknologi ialah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat. Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini dikatakan demikian kerana dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka seperti bahan pornografi yang begitu luas tersebar di internet. Selain itu, mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi dan meluas. Sebagai contoh,meniru aksi lasak dan ganas yang dipaparkan di internet. Aksi lasak seperti bergusti, begaduh,rompakan,merogol, dan membunuh akan mempengaruhi dimasa akan datang. Izharnya,kesan penggunaan teknologi adalah dari segi terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat.

Selain itu, kesan penggunaan teknologi adalah kecelaruan kata bahasa yang diguna oleh pengguna internet. Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan pengguna internet tidak menghiraukan akan laras bahasa yang betul semasa mereka menulis.Bukan itu sahaja,mereka sering menggunakan istilah yang direka sendiri yang akan mengelirukan seterusnyan menjadi ikutan kepada remaja.Amsalnya,menggunakan kata-kata kesat yang mereka tuliskan untuk berinteraksi dengan orang lain.Tuntasnya,kesan penggunaan teknologi adalah dengan kecelaruan kata bahasa yang digunakan oleh pengguna internet.

Di samping itu, kesan penggunaan teknologi juga ialah remaja menjadi leka dan sifat malas semakin meningkat.Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini dikatakan demikian kerana,mereka kurang memberikan tumpuan di dalam pelajaran di dalam kelas dan mereka menjadi malas kerana otak mereka hanya memikirkan teknologi. Tamsilnya,mereka hanya bergantung kepada teknologi dan internet semata mata. Tuntasnya,kesan penggunaan teknologi adalah menjadi leka dan sifat malas semakin meningkat.

Seterusnya,kesan penggunaan teknologi ialah dapat menjejaskan kesihatan tubuh badan seseorang. Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini dikatakan demikian kerana memberi impak kesihatan yang buruk dan tidak sihat. Sebagai contoh, masalah penglihatan (Rabun jauh dan dekat) dan menjadi lesu. Masalah ini disebabkan penglihatan pada skrin terlalu dekat dan penggunaan cahaya pada skrin terlalu terang pada tempat yang gelap.Selain itu,badan akan berasa lesu kerana penggunaan teknologi yang terlampau lama dan tidak terhad. Izharnya,kesan penggunaan teknologi adalah dapat menjejaskan kesihatan tubuh badan seseorang dan badan berasa lesu.

Akhir sekali, kesan penggunaan teknologi ialah membazirkan masa yang terluang. Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini disebabkan waktu yang diluangkan hanyalah dengan penggunaan teknologi yang serba canggih ini. Di samping itu, mudah terlalai sehingga mereka terlupa tanggungjawab yang hendak diuruskan. Sebagai contoh, remaja kini sibuk dengan permainan video game,aplikasi whatsapp,youtube dan lain lain. Tuntasnya,kesan penggunaan teknologi adalah membazirkan masa yang terluang dan mudah terlalai.

Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan teknologi adalah jelas.Oleh hal yang demikian,kesan penggunaan teknologi dapat memberikan impakvyang negatif kepada remaja dan juga pelbagai pihak yang lain.Penggunaan ini perlulah diberikan perhatian sepenuhnya agar dapat dibendung dan dikawal sepenuhnya.Sebagai anak watan yang berwawasan dan pewaris legasi nenek moyang,marilah kita berganding bahu menuju ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Aforisme klasikal melayu ada menyatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya dan ke bukit sama didaki,ke lurah sama diturun.

.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s