Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak Memanfaatkan Internet / Laman Sesawang / Telefon Pintar
Pendahuluan :
- teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) berkembang begitu pesat – syarikat-syarikat komputer dan telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan pelbagai alat komunikasi yang dan peranti elektronik yang canggih – Internet dapat diakses begitu mudah dengan adanya rangkaian jalur lebar – di mana-mana sahaja
- Internet ialah rangkaian yang dapat menghubungkan computer atau telefon pintar di seluruh dunia – memberikan manfaat kepada pengguna dalam pelbagai urusan
- sekiranya tidak dikawal, mendatangkan kesan buruk kepada pengguna – terutama generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara
- ibu bapa perlu berperanan dalam mendidik anak-anak memanfaatkan Internet
Isi-isi Penting :
ibu bapa sendiri hendaklah memiliki pengetahuan dan ilmu yang mencukupi tentang teknologi maklumat
- untuk mengimbangi pengetahuan anak-anak yang begitu pantas sejajar dengan perkembangan dunia TMK–berkongsi pengetahuan dengan anak-anak dan menentukan aspek yang positif sahaja dimuat turun
melaksanakan peraturan dan tatacara yang tegas tentang penggunaan Internet kepada anak-anak
- ibu bapa tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada anak-anak untuk mengakses apa-apa sahaja
- memastikan anak-anak patuh dan faham tentang maksud penggunaan Internet untuk tujuan positif sahaja
membawa anak-anak ke tempat-tempat pameran komputer dan ekspo pendidikan ICT
- anak-anak memperoleh pendedahan yang lebih luas tentang teknologi komputer dan Internet
- dapat memilih perisian-perisian yang berguna untuk kegunaan anak-anak
mengehadkan dan memperuntukkan masa yang sewajarnya
- ada peruntukan masa yang anjal antara masa belajar, beriadah, berinteraksi, dan mengakses Internet
- mengelak anak-anak terus menjadi terlalu obsess terhadap komputer dan Internet
Penutup :
- ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak memanfaatkan Internet
- ibu bapa tidak boleh memandang enteng terhadap perkara ini – komputer dan Internet merupakan cara hidup atau budaya pada zaman dunia tanpa sempadan/era globalisasi ini
- perhatian dan didikan tentang penggunaan Internet yang betul harus menjadi agenda penting dalam melahirkan anak-anak/modal insan yang cemerlang
- diharapkan agar anak-anak dapat memanfaatkan Internet ke arah kebaikan – dapat menyumbang kepada kemajuan negara dalam merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50)
.